Tempahan makanan secara dalam talian (online) kini sudah menjadi trend sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, apa keperluan untuk abang-abang riders kita sebelum dan selepas menghantar makanan?

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Bagi menghargai pegawai dalam kalangan penguatkuasa dan agensi penting Kerajaan Negeri Selangor termasuk kakitangan PBT Selangor, Kerajaan Negeri telah meluluskan Insentif One Off berjumlah RM 200 seorang kepada 5,000 orang di Selangor. Insentif ini adalah sebagai suatu lagi bentuk penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dalam menghadapi wabak Covid-19. Sebanyak RM 1 Juta diperuntukkan untuk keputusan tersebut.

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan nasib rakyat terutamanya bagi mereka yang memerlukan dan terkesan semasa menjalani kehidupan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru, Kerajaan Negeri sentiasa mendalami, memahami dan membuat keputusan yang terbaik bagi menampan dampak ekonomi dan sosial Covid-19 dari masa ke masa.

 

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Pastikan pemilihan makanan untuk sahur adalah makanan yang sihat dan tinggi serat kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicerna.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA

Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk beribadat bersama keluarga di rumah.

Terus patuhi PKP dan amalkan langkah-langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak COVID19.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah