#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Sekiranya suatu hari nanti aktiviti sosial akan dibuka semula, individu penting seperti guru, ustaz, imam dan tok siak akan menjadi NEXT FRONTLINERS !
Mereka akan bertanggungjawab untuk memastikan pelajar, jemaah dan masyarakat mematuhi “Norma Baru” serta memastikan langkah pencegahan dilakukan dengan sempurna.
Ibu bapa dan masyarakat perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka dan akur dengan peraturan ketat yang bakal dikuatkuasakan.
Ia bukan suatu perkara yang mudah, tetapi kita mesti melakukannya untuk meneruskan keharmonian sosial dan pembangunan masyarakat dan didalam masa yang sama mencegah kluster sekolah dan masjid.
Andakah anda sudah bersedia? Kita mesti bersedia!
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
PKP yang dilaksanakan hari ini telah terbukti mampu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia. Kes sudah berkurangan dan penyebaran jangkitan telah diperlahankan.
Namun PKP bukan untuk selamanya. Suatu hari, premis perniagaan dan urusan harian akan beroperasi seperti biasa. Pergerakan akan kembali bebas seperti sebelum ini, pejabat,kilang, restoran dan kedai kedai akan di buka.
“Vaksin” sementara yang kita ada untuk mengelakkan wabak besar besaran WAJIB diambil oleh semua masyarakat. Vaksin sementera ini mengandungi 2 perkara utama iaitu,
1) Penjarakan sosial
2) Penjagaan kebersihan.
Adakah kita telah bersedia untuk membina norma baru ini? Kita mesti bersedia!
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Pendaftaran baharu Skim Air Darul Ehsan kini dibuka mulai 1 April 2020 kepada para pelanggan yang layak dan menetap di Selangor.
Untuk memohon secara dalam talian, sila layari http://ssipr.selangor.gov.my/
Borang permohonan juga boleh dimuat turun di https://www.airselangor.com/my-water-smart/inisiatif-peduli-rakyat
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah