Semasa PKP, ramai yang mula keluarkan bakat terpendam sebagai chef.

Jom masak secara sihat di rumah. Semestinya sedap dan berkhasiat.

Jangan lupa untuk kekal aktif bagi mengekalkan berat badan anda.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Sekiranya anda hadir untuk menghulurkan bantuan,

✔️ Pastikan tiada kontak rapat dengan warga tua

✔️ Tidak perlu masuk ke dalam rumah

✔️ Barangan boleh diletakkan di luar rumah terlebih dahulu

❌ Tidak perlu bersalaman

❌ Jangan berpelukan

❌ Tidak perlu berbual dalam jarak terlalu dekat

Diharapkan semua pihak dapat mengikuti saranan ini untuk melindungi golongan berisiko dari mendapat jangkitan 🙏🏼

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Salam sejahtera dan salam hormat! Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera?

Antara fungsi MySejahtera adalah:

1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.

2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.

3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.

4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.

Pengguna yang pernah berdaftar, anda perlu mengemas kini (update) aplikasi ini untuk menikmati ciri-ciri terbaru. Pengguna-pengguna baru kini boleh muat turun dan mendaftar melalui aplikasi tersebut. Ini adalah aplikasi rasmi untuk tujuan menghentikan penyebaran Covid-19 oleh Kerajaan Malaysia. Marilah bersama kita membanteras penularan wabak COVID19 melalui teknologi!

- CPRC KKM

IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei :

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

TERKINI : PEMULANGAN SEMULA BAYARAN CAGARAN SERTA PERMIT BAZAR RAMADAN DAN EKSPO RAYA TAHUN 2020

Kepada semua peniaga/penjaja yang sudah membayar cagaran dan permit boleh salurkan maklumat bermula 20 April hingga 30 April 2020. Kaedah saluran maklumat boleh dibuat melalui telefon terus ke pejabat MDSB melalui talian 0332241000/32241655 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat. Juga boleh dibuat melalui whatsapp atau sms dengan menyertakan butiran seperti pada infografik.

Sekian.

 

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah