Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, pelajar pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dibenar memulakan pergerakan secara berperingkat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai 27 April 2020.
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan seperti berikut, iaitu:
• mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain.
• menjaga kebersihan diri, dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.
• menggalakkan pemakaian alat penutup mulut dan hidung (facemask) di sepanjang perjalanan.
- CPRC KKM
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Bantu kami untuk kami bantu anda.
Anda di pelawa untuk memberi cadangan atau pandangan kepada KKM untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas PKP. Cadangan atau pandangan anda boleh diberi melalui pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Apa khabar Malaysia?
Sambil tengah asyik mengikuti info terkini mengenai #Covid19 sepanjang PKP ini, jangan lupa “Periksa Penggunaan Data Anda” ya.
Dapatkan tips jimatkan data dengan layari http://www.consumerinfo.my/tips-jimatkan-jumlah-penggunaan-mobile-data-pada-ios-android/?lang=ms .
#InternetPercuma #GunaDataDenganBerhemah
#TerimaKasihKerajaanDanTelco
#PKP
#DudukRumah #StaySafe
#cfmmalaysia
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Bagi mengekang penularan jangkitan #2019nCoV di hospital, org ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential). Golongan ini termasuk:
1. Kanak-kanak
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit kronik
4. Pesakit dgn daya tahan badan yg rendah
5. Wanita hamil.
Jika golongan ini perlu hadir ke hospital, mrk dinasihat mengamalkan penjagaan kesihatan diri.
1. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
2. Basuh tangan dgn kerap menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat atau guna hand sanitizer.
3. Elakkan drpd mendekati mrk yg mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan spt batuk dan selesema.
4. Amalkan etika batu (rujuk infografik)
5. Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, sila pakai penutup hidung dan mulut serta kekalkan jarak yg selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) drpd org lain di sekeliling.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
JANGAN menyimpan makanan yang telah dimasak di dalam peti sejuk (simpanan sejuk/chiller) MELEBIHI TIGA HARI
Ini kerana bakteria juga boleh membiak didalam suhu sejuk (suhu bahaya bagi bakteria membiak 5°C - 60°C) dan mengakibatkan makanan anda mula untuk rosak jika disimpan terlalu lama!
Jangan ingat simpan didalam peti ais tidak akan menyebabkan Keracunan Makanan ya❗️
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah