#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
60 ribu pelajar IPTA/IPTS dan ribuan pelajar luar negara sedang berada di kampus masing-masing ketika ini. Mereka ingin pulang ke kampung halaman. Nasihatkan kepada mereka, Jangan Pulang Lagi.
Ini antara sebab mengapa mereka tidak patut pulang ketika ini :
✅ Risiko tinggi pada orang tua kita.
✅ Pengorbanan selama 6 minggu seluruh rakyat Malaysia akan sia-sia.
✅ Wabak akan lebih sukar dikawal dan melumpuhkan sistem kesihatan negara.
✅ Untuk kuarantin semua pelajar pulang dari luar negara memerlukan kos yang sangat tinggi.
Kepada Mahasiswa/siswi di kampus, kami doakan agar anda tabah menghadapi dugaan. Teruskan berkorban untuk negara. Kerana kita semua sedang berkorban untuk kebaikan masa hadapan anda juga.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Pada tempoh wabak ini, American Academy of Ophthalmology menyarankan agar pengguna kanta lekap menggunakan cermin mata untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ini kerana, pengguna kanta lekap biasanya lebih kerap menyentuh mata kerana iritasi dan mata yang kering.
Selain itu, penggunaan cermin mata juga memberi perlindungan tambahan (bukan 100%) dari terkena titisan air yang mengandungi virus. Pastikan tangan sentiasa dicuci sebelum menyentuh muka termasuk mata.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Kedai gunting rambut mempunyai risiko sebagai pusat perebakan jangkitan jika TIADA kawalan ketat.
Faktor risiko di kedai gunting rambut agak TINGGI kerana :
✔️ Jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut
✔️ Tempoh masa yang lama > 15 minit
✔️ Ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad.
Untuk mencegah perebakan, langkah berikut perlu dilakukan dengan TEGAS dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa.
1. Tukang gunting rambut.
- Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema
- Menggunakan topeng muka
- Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
- Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
- Dilarang vape dan merokok
2. Premis
- Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
- Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
- Jaga jarak sosial- 1 meter
- Kawal kemasukan pelanggan
- Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial > 1 meter antara 1 sama lain
- Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
- Larangan vape dan rokok
3. Pelanggan
- Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
- Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
- Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
- Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
- Dilarang merokok dan vape.
Semua masyarakat dan premis perlu beri kerjasama penuh. Kita perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
PUTRAJAYA - Jemaah menteri dalam mesyuarat hari ini membenarkan pembukaan semula sektor tambahan untuk beroperasi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19. Senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan:
1. Industri Aeroangkasa
2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
3. Industri Mesin dan peralatan.
4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) hanya terhad kepada:
- perkhidmatan berkaitan guaman;
- aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
- makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
- perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah