Ucapan daripada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini, 15hb April, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat maklumbalas terkini berkenaan status insentif RM500 one-off kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Mengambilkira perkembangan semasa, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meluaskan manfaat insentif ini kepada peniaga berlesen yang menyewa premis PBT untuk kategori Pasar Tani, Kiosk, Semua Jenis Gerai, Medan Selera dan Pasar Awam yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, UUK Pasar dan UUK Establishment Makanan sahaja.

Manfaat ini terhad kepada lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020. Kerajaan Negeri turut bersetuju agar tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 7 Jun 2020.

Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti sering mencuci tangan dan melakukan penjarakan sosial demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 yang bermula hari ini.

#SelangorGempurCovid19 #StayAtHome #KitaJagaKita

‍YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Dato’ Menteri Besar Selangor

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Makcik Kiah nak beri tip bagaimana untuk sentiasa aktif walaupun di rumah.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti :

  • Menanam pokok
  • Bersenam
  • Melakukan kerja-kerja rumah
  • Mencuba hobi baharu sambil bermain dengan haiwan peliharaan

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan untuk menunda tarikh peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐩𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌, 𝐒𝐕𝐌:
Suku pertama tahun 2021

𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐒𝐓𝐏𝐌:
i. Tarikh peperiksaan Semester 2: Ogos 2020
ii.Tarikh peperiksaan Semester 3: Suku pertama tahun 2021.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐩𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐀𝐌:
Suku pertama tahun 2021

Mengambil kira kesan penundaan tarikh peperiksaan tersebut kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi:

i. 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐚𝐬𝐚𝐬𝐢, 𝐦𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 sehingga Julai atau Ogos 2021, dan

ii. 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 pada September atau Oktober 2021.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah