Seperti sedia maklum, hanya ketua keluarga atau wakil sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan atau makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk itu, admin kongsikan dengan anda semua mengenai tips yang boleh anda praktikan selepas pulang membeli barangan keperluan atau makanan demi melindungi keluarga tercinta anda. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Terima kasih kerana mengikuti saranan KKM untuk kekal berada di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh PKP, mungkin ramai yang kerap melayari Internet untuk mengetahui situasi terkini berkaitan Covid-19. KKM ingin menasihatkan agar berhati-hati sekiranya anda berhasrat untuk membeli ubat dalam talian. Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau App Store. Lepas ini, kalau ada penjual berkata produk mereka berdaftar dengan KKM, jangan terus percaya. Semak dahulu sebelum klik. Pastikan Ubat anda mempunyai no. pendaftaran MAL dan pelekat keselamatan hologram dan IKLAN Ubat mempunyai no. KKLIU.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Hentikan stigma/diskriminasi/tanggapan negatif terhadap pesakit yang dijangkiti covid-19. Dapatkan rawatan segera sekiranya anada bergejala. Jangan risau atau takut tanggapan orang lain sekiranya anda dijangkiti. Hapuskan stigma, bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah