Aplikasi 'Gerak Malaysia' boleh mula diakses hari ini
KUALA LUMPUR, 26 April -- Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ untuk memudahkan urusan permohonan permit pergerakan orang ramai yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kini boleh diakses bermula hari ini sehingga Rabu (29 April).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata aplikasi mudah alih dalam talian itu dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
"Melalui aplikasi ini, kod QR (kod respon pantas) unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya sekali gus memudahkan pergerakan pemohon.
Perlu diingatkan permohonan permit pergerakan ini bagi mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berita selanjut di Bernama.com
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah