Duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan anda makan secara tidak terkawal? Ingin kurus dalam tempoh PKP? Mahu membuat pembelian Ubat Kurus secara online?
Berhati-hati! Ambil tahu RISIKO pembelian ubat kurus secara online.
Anda mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti berikut:
1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM.
2. Ubat yang dicampur dengan bahan terkawal seperti Sibutramine tanpa mengetahui jumlah kandungan sebenar bahan tersebut yang dicampurkan.
3. Iklan ubat yang tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, KKM
4. Kesan sampingan yang memudaratkan daripada ubat tidak berdaftar atau palsu
KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan ubat kurus. Semak dahulu sebelum klik:
1) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan
2) No. KKLIU bagi iklan ubat
Untuk kekal sihat, lakukan senaman secara berkala dan ambil diet yang seimbang.
Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store.
Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my/
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah