Alamat : Parit 9 Jalan Sawah
Waktu Operasi : 10 Pagi - 10.00 Malam
d'Bendang menawarkan pelbagai hidangan dalam harga bajet yang enak untuk dicuba. Hidangan yang ada terdiri daripada masakan Melayu dan juga barat pada belah petang. Walaupun dalam lingkungan harga yang boleh dikatakan agak murah atau berpatutan, saiz hidangannya cukup mengenyangkan, sesuai sangatlah tu kalau datang dengan perut yang betul-betul lapar. Antara makanan yang sangat popula di gerai tersebut adalah Nasi Ayam d'Bendang untuk tempahan boleh hubungi 017 315 9577.
Tempat : Taman Aman
Waktu Operasi : 6.30 Pagi - 11.00 pagi, Cuti setiap hari rabu
Nama Usahawan : En. Halim bin Daud
No.Tel : 011 - 1327 7700
Alamat : Tepi Jalan Besar Tali Air 6 Sekinchan
Waktu Operasi : 6.30 Pagi - 10.00 Malam
Cendol Was selalu penuh pada waktu kemuncak (Cuti umum) waktu pagi kerana ia menyediakan sarapan pagi antara makanan yang selalu menjadi kegemaran disini adalah roti canai pelangi yang sangat nipas dan lembut, Nasi Lontong dan Nasi lemak ayam goreng. Selain itu Cendol Was akan menjadi tumpuan pada belah petang kerana banyak menu makanan ringan yang panas antaranya Keropok leko, rojak, pisang goreng, ACB, Cendol dan macam-macam lagi menu yang ada.
Facebook: Cendol Was Sekinchan
Alamat : Medan Selera Sekinchan (Benteng)
Waktu Operasi : Setiap Hari Keculi Hari Selasa , 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Restoran Abah Ikan Bakar & Seafood Sekinchan ini merupakan antara restoran ikan bakar yang cukup terkenal. Sebut sahaja namanya kepada penduduk di sini, pasti mereka tahu kedai yang anda maksudkan. Ada beraneka jenis makanan laut berkualiti tinggi yang boleh anda pilih. Antara yang boleh didapati ialah udang, sotong, ketam, lala dan beraneka jenis ikan. Untuk Tempahan 010-244 5188 Mohd Razif @ Ajib
Facebook : Abah Ikan Bakar & Seafood Sekinchan
Alamat : Jalan Besar Tali Air 7
Waktu Operasi : Selasa - Ahad , 10.00 Pagi - 7.00 Petang
Sekinchan memang kaya dengan hidupan marin yang pelbagai seperti kerang berkualiti tinggi, lala, kepah, remis, kupang dan mentarang. Uniknya mentarang ini, di tempat lain memang susah dapat kerana mungkin hanya beberapa tempat sahaja yang ada. Selain dari Restoran Lembah Bernam sekinchan juga terkenal dengan Makanan Mentarang Bakar di Faridah Mentarang Bakar.
Facebook : Faridah Mentarang Bakar