460567123_930137419148262_7303279988003462281_n.jpg

Risiko penyebaran demam denggi akan meningkat terutama semasa cuti sekolah dan juga semasa cuti umum disebabkan oleh pergerakan orang ramai.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat supaya mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Informasi berkaitan penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots boleh dilayari melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my/).
Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.