Apple Learning Coach adalah program pensijilan profesional yang melatih jurulatih instruksional dan para pendidik untuk membimbing guru memanfaatkan teknologi Apple dalam pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhan.
Program ini selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) khususnya bagi Teras 2, yang memberikan keutamaan kepada pemerkasaan kompetensi digital pendidik melalui program pembangunan profesional yang berterusan.
Sebagai permulaan, seramai 1,500 guru terpilih di seluruh negara akan menerima latihan khusus mulai tahun ini.
Penyertaan ke Apple Learning Coach adalah percuma dan telah bermula pada 25 Julai 2024.
Ayuh semua guru, ambil peluang ini dan jadi salah seorang Apple Learning Coach.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi