Tips mudah ‘Penjimatan Tanpa Kos’
Bagi memastikan penggunaan tenaga elektrik yang cekap, jangan letakkan peti sejuk anda di ruang yang terlalu panas, contohnya ruang yang terdedah kepada sinaran matahari atau berhampiran dengan dapur memasak.
Sediakan ruang yang secukupnya dikeliling peti sejuk anda bagi memastikan pengaliran udara yang baik.
Anda Jimat, Poket Selamat. Jadilah Bijak Tenaga!
#SuruhanjayaTenaga
#EnergyCommission
#JadilahBijakTenaga
#BeEnergySmart
PENDAFTARAN KEMATIAN
Sama seperti kelahiran, setiap kematian yang berlaku di Malaysia juga WAJIB didaftarkan tanpa mengira taraf kewarganegaraan si mati.
Di semenanjung, tiada tempoh pendaftaran kematian yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, kami menasihatkan supaya kematian didaftarkan dengan segera bagi memudahkan urusan waris si mati.
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI