Berita palsu jejas produktiviti

Pandemik COVID-19, yang masih menghantui masyarakat dunia, menyebabkan langkah-langkah drastik sedang dilaksanakan untuk menangani ancaman penyakit ini. Kita berperang untuk menghentikan penyakit yang berbahaya kepada kesihatan awam dan menjejaskan ekonomi serta semua aspek kehidupan.

Ketika pihak berkuasa terutama frontliners bertungkus lumus mencegah dan menangani kes-kes pandemik ini, wujud pula wabak berita palsu. Hampir setiap minit kita menerima terlalu banyak maklumat berkaitan dengan COVID-19 namun, tidak pasti kebenaran dan kesahihan berita atau maklumat berkenaan.

Kita juga menerima limpahan maklumat sehingga tidak dapat membezakan fakta atau auta mengenai COVID-19. Sehinggakan kita tidak lagi menganggap maklumat yang diterima melalui WhatsApp dan media sosial yang lain sebagai penting.

Sebenarnya banyak maklumat berupa ingatan atau arahan yang benar dan sahih berkaitan COVID-19 disalurkan melalui media sosial terutamanya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kerajaan mengarahkan kita agar duduk di rumah untuk mencegah virus COVID-19 daripada terus merebak. Kita dapat membantu menjayakan misi untuk mengekang pandemik ini hanya dengan duduk di rumah.

Pautan penuh - https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842586

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Tingkatkan sistem imuniti badan anda dengan memastikan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Pastikan anda gunakan versi terkini MySejahtera!

Kemaskini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.16 untuk menggunakan fungsi-fungsi terbaru seperti:

1. Kemaskini Status Risiko COVID-19 untuk pengguna berisiko rendah

2. Penilaian Risiko berdasarkan lokasi

3. Pautan kepada sumber maklumat kesihatan terbaru (Doc2Us dan Smoking & COVID-19)

Terima kasih kerana menjadi wira negara untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Panduan Asas Penyimpanan Makanan

1. Simpan makanan yang disejukbeku dalam bekas tidak telap wap untuk mengelakkan kekeringan.

2. Jangan muatkan makanan dengan padat di dalam peti sejuk.

3. Cuci makanan mentah dengan sempurna sebelum disimpan

4. Selenggara peti sejuk dengan baik

#FoodSafetyTips

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah