SCAMMERS MEDIA SOSIAL
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan scammers di media sosial yang menawarkan perkhidmatan berkaitan permohonan kad pengenalan dan sijil kelahiran.
JPN tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi sebarang urusan pendaftaran. Bagi keselamatan anda, hadirlah ke kaunter JPN untuk sebarang urusan berkaitan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang menawarkan perkhidmatan permohonan kad pengenalan atau sijil kelahiran boleh salurkan aduan kepada JPN melalui SISPAA JPN di http://jpn.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau hantarkan emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI