ANGGUNG MEMPERSONA
Nama |
: Fatin Syuhada binti Mohd Noh |
Umur | : 25 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Fatin Syuhada merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Bconfident dan juga Green Appleplus. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah berbentuk kesihatan yang mana Bconfident lebih sesuai kepada kaum wanita manakala Green Appleplus sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal. Beliau memulakan perniagaan ini selepas tamat persekolahan STPM. Permulaannya beliau sekadar suka-suka menolong ahli keluarga menjalankan perniagaan ini sementara menunggu kerja tetap tetapi lama kelamaan beliau merasa seronok untuk menjalankan perniagaan itu dengan sendirinya. Sehingga kini perniagaan beliau semakin maju dari masa ke semasa sehingga mendapat permintaan dari luar iaitu Brunei dan Singapore.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya Cik Fatin Syuhada berniaga secara offline, di mana beliau akan bawa bersama produk ke mana-mana untuk mempromosikan kepada orang ramai sebelum beliau mempelajari ICT. Beliau hanya menjual produk sekiranya terdapat permintaan melalui rakan-rakan yang terdekat. Hari demi hari peniagaan yang beliau jalankan semakin mendapat tempat di hati pelanggan disebabkan cara promosi produk yang beliau ketengahkan. Oleh itu beliau telah mengikuti kelas ICT untuk mempromosikan produk dengan cara online mengikut peredaran masa sekarang yang mana penjualan melalui online lebih menguntungkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ICT iaitu media baru dan sosial media, beliau telah membuka akaun media sosial seperti facebook dan juga instagram untuk memasarkan produk beliau. Beliau telah membuka page khas untuk produk beliau begitu juga dengan instagram. Setelah mahir menggunakan media sosial iaitu facebook dan juga instagram, beliau dapat berkongsi maklumat tentang produk seperti kebaikan menggunakan produk tersebut, harga, kos penghantaran dan lain-lain. Keadaan ini telah menaikkan rakan dan pengikut beliau di facebook dan juga instagram. Sekaligus ia dapat mengembangkan perniagaan beliau di seluruh negeri dan juga luar.