Negara yang memiliki bilangan kes yang rendah TIDAK semestinya benar benar mempunyai angka kes yang rendah. Kemungkinan besar juga mereka tiada keupayaan kewangan utk menjalankan ujian pengesahan Covid-19. Di Malaysia, bukan semua individu yang bergejala akan dilakukan ujian serta merta. Hanya kontak rapat kes kluster, individu berisiko dan golongan barisan hadapan akan dilakukan ujian. Buat masa ini, negara kita masih belum mampu utk membuat saringan secara besar besaran. Untuk menjalankan satu ujian pengesahan Covid-19 bukannya murah. Makmal swasta mengenakan caj antara RM500 - RM 1000 untuk satu ujian.

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah