Undian awam yang telah dilakukan oleh PHM bermula semalam sehingga hari ini menunjukkan 98% rakyat Malaysia berpuas hati dalam tindakan Kerajaan, KKM dan Agensi-agensi frontliner dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia.
Tindakan kerajaan bermula dengan PKP pada bulan Mac sehingga PKPB pada bulan ini telah berjaya di dalam matlamat "flatten the curve".
Sokongan yang diberikan kepada kerajaan dan agensi front liner oleh rakyat Malaysia ketika ini adalah sangat tinggi dan tidak berhenti setakat itu. Rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dengan mematuhi SOP norma baru. Kesan daripada PKPB yang bermula pada 4 Mei dapat kita sama-sama lihat pada hari ini.
Kami mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan dan semua agensi frontliner atas segala pengorbanan yang telah dilakukan untuk melindungi rakyat daripada wabak pandemik ini.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma adalah digesa untuk mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020 di portal https://status.mytvbroadcasting.my/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau COVID-19. Keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi kita akan berkurangan apabila usia kita makin meningkat.
Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai 'benteng pertahanan automatik' dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda. Pemakanan sihat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi 'menggerakkan' sistem pertahanan ini. Bukan susah pun untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri. Anda nak sihat, andalah yang kena bertindak.
Berikut adalah sayur-sayuran yang tinggi Vitamin C.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah