Tujuan 
  • Bengkel ini diadakan bagi memberi pengetahuan mengenai cara menghasilkan litar eletronik ringkas bagi menyalakan lampu LED.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan mengenai apa itu litar elektronik

  • Peserta membuat litar elektronik dengan menggunakan kertas yang mempunyai lakaran litar di atas kertas, menampal laluan litar dengan pita tembaga.

  • Peserta menyambung pita tembaga dengan sel duit syiling dan lampu LED.

Gambar disini

Tujuan 
  • Memberi pembelajaran dan pengetahuan cara menghasilkan idea konten TikTok dan menaikkan audiens di TikTok.

  • Memberi tunjuk ajar cara membuat TikTok Live dengan lebih baik.

Aktiviti

  • Penceramah berkongsi petua untuk penghasilan idea bagi menarik ramai audiens untuk melihat video TikTok.

  • Penceramah memberi penerangan mengenai TikTok Marketing.

Gambar disini

Tujuan 
  • Kelas ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kelebihan menjual di Shopee kepada usahawan.

  • kelas ini dapat dilaksanakan secara fizikal dan apabila usahawan telah memahami segala proses untuk memuatnaik produk, usahawan akan lebih bersemangat untuk memeruskan perniagaan di atas talian.

Aktiviti

  • Pengenalan kepada platform Shopee

  • Daftar akuan penjual di Shopee

  • Menyediakan profil kedai Shopee

  • Muatnaik produk di platform Shopee

  • Cara memproses tempahan dan penghantaran.

Gambar disini

Tujuan 
  • Kelas ini diadakan bagi peserta mendapatkan data dan peta demografi sesuatu kawasan dengan penggunaan Google Maps.

Aktiviti

  • Peserta membuka Google terlebih dahulu dan membuat carian laman GoogleMpas

  • Petugas memberi bimbingan dalam pencarian laman sesawang yang betul.

  • Petugas akan memastikan peserta selesai membuat tugasan.

Gambar disini

Tujuan 
  • Bengkel ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva dalam menghasilkan slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah dan menarik.

Aktiviti

  • Peserta akan mendaftar akaun Canva.com terlebih dahulu.

  • Peserta memilih template yang sedia ada.

  • Peserta menghasilkan slide dan memuat turun hasil yang telah siap dalam format bersesuaian.

Gambar disini