Tujuan 

Petugas memberi arahan dan penerangan kepada peserta untuk aktiviti yang akan mereka lakukan pada petang itu. Peserta akan dipilih oleh petugas untuk membaca satu perenggan dan peserta yang lain perlu menaip berita yang rakan mereka bacakan menggunakan Microsoft owrd. Untuk perenggan seterusnya rakan yang lain akan dipilih untuk membaca sambunganberita yang diberikan

Aktiviti 

Aktiviti ini dapat membantu kepantasan peserta untuk menaip apa yang mereka dengari. Mereka perlu peka dengan ayat atau jalan berita yang dibacakan oleh rakan mereka supaya peserta dapat menaip dengan lancar. Penggunaan jari dan telinga perlu seiring supaya peserta dapat menaip berita yang disampaikan dengan selesai tanpa ada perkataan atau ayat yang tertinggal.

Di awal bengkel peserta diberikan penerangan mengenai KDB. Kemudian petugas akan memberi arahan berkenaan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Selesai mendengar arahan petugas akan memilih seorang peserta bagi memulakan aktiviti dengar dan taip pada hari itu.

Gambar Disini