Antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan penguasaan lisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid adalah menerusi pelaksanaan Perkampungan Bahasa BITARA.
Program di bawah Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu ini dilaksanakan di setiap daerah di seluruh negara dengan penglibatan lebih daripada 10,000 murid sekolah menengah, terutamanya murid Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024.
Antata objektif utama program ini adalah untuk melonjakkan penguasaan lisan Bahasa Melayu SPM dan melahirkan murid yang berketerampilan berbahasa serta berkeyakinan dalam bertutur.
Hak Pembayar Cukai Sebelum Tindakan Undang-Undang Diambil
Video Animasi 2 - Transaksi pengeluaran e-Invois Bil Kendiri
Tujuan kami adalah untuk membantu masyarakat memahami pelbagai bentuk ancaman dalam dunia digital serta menyediakan cara-cara berkesan untuk melindungi diri daripada penipuan dan scammer yang semakin canggih. Mari bersama-sama tingkatkan kesedaran dan keselamatan siber di komuniti kita!
Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, tokoh yang berdiri teguh di barisan hadapan ketika negara berdepan cabaran terbesar pandemik COVID-19. Kepimpinan beliau sebagai Ketua Pengarah Kesihatan tidak hanya membawa Malaysia menghadapi krisis, tetapi juga membina keyakinan rakyat dengan ketegasan, integriti, dan kebijaksanaan.
Di sebalik setiap sidang media, ada kecekalan seorang pemimpin yang memastikan keselamatan dan kesihatan kita semua terjaga. Kisah perjuangan beliau dalam mengharungi gelombang COVID-19 akan terus diingati sebagai inspirasi buat generasi akan datang.