DENGAR DULU! | Kerangka Kawal Selia Baharu Demi Internet Lebih Selamat
Ketika menjelaskan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan pelesenan, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkata, ia berpunca daripada keperluan untuk mengekang penipuan, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan buli siber serta menyatakan bahawa keputusan itu tidak dibuat dalam sekelip mata, kerana libat urus dengan semua platform telah bermula pada Februari.