Kapsul JAPENTV | Penyasaran Subsidi Diesel
Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel bagi membendung ketirisan diesel subsidi yang berleluasa dan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada rakyat dan negara.
Namun begitu, Kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan keperluan dan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk menampung kos sara hidup.
Bagi individu pemilik kenderaan diesel (BUDI Individu), petani kecil dan pekebun kecil komoditi (BUDI Agri-Komoditi) yang layak boleh memohon di pautan https://budimadani.gov.my
Bagi pemilik kenderaan logistik yang layak boleh memohon untuk mendapatkan ‘fleet card’ di bawah SKDS 2.0 di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my