Negeri Selangor memperkenalkan dua (2) platform e-dagang khas sempena Ramadan iaitu:

πŸ“ŒGRAB Selangor; dan

πŸ“ŒPlatform Selangor (PLATS).

πŸ“ŒPlatform e-kitchen adalah bertujuan untuk membuka peluang usahawan Selangor berniaga secara online sepanjang bulan Ramadan ini.

πŸ“ŒE-kitchen akan menetapkan π’𝐄𝐓 πŒπ€πŠπ€ππ€π dan diletakkan di ππ”𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π”πŒππ”π‹π€π bagi memudahkan proses penghantaran makanan kepada pelanggan. Set yang ditetapkan itu dapat menjimatkan kos penghantaran kepada pelanggan.

πŸ“Œ77 pusat pengumpulan (distribution centre) yang terdiri daripada 10 dewan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 67 restoran yang akan menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor.

πŸ“ŒJuadah tersebut akan dihantar oleh π‘π€πŠπ€π ππ„𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓��𝐑 seperti πŸ›΅GRAB, πŸ›΅BungkusIt, πŸ›΅Mr. Speedy, πŸ›΅ Zepto Express dan πŸ›΅MatDespatch.

πŸ“ŒKesemua pusat ini akan mematuhi penjarakan sosial dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga telah dipastikan mendapat suntikan pelalian typhoid seperti yang digariskan dalam SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PBT.

πŸ“Œ Konsep β€˜e-kitchen’ ini hanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dibuat di pusat pengumpulan tersebut dan sebarang bentuk pembelian secara β€˜Walk-in’ juga tidak dibenarkan.

πŸ“ŒPendaftaran peniaga dan tempahan makanan boleh dibuat di http://www.plats.com.my/

πŸ“Œ Pesanan boleh dibuat bermula jam 10 malam hingga jam 1 tengah hari, sebelum penghantaran dilakukan jam 2 petang hingga 7 malam

Sumber: Media Selangor / TVAlhijrah

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah